actually masa aku update status nie, aku random je, tapi aku tak sangka yang aku akan dapat respons mengenai statement aku nie.. likes mencecah 65 like, bagi orang yang bukan hotstuff facebook nie, 65 tuh dah cukup memberansangkan aku, so, hati aku pun tergerak untuk discuss tentang perempuan kedah.. BETUL KE PEREMPUAN KEDAH SEMUA CANTIK2?
ok, untuk datang ke satu konklusi yang seeeemua perempuan kedah cantik, memang lah seuatu yang tidak mungkin..tetapi, berdasarkan apa yang aku observe, mostly artis, datang dari kedah, kalau bukan dari kedah pon, mesti ada hubung kait dengan kedah jugak.. and artis2 tuh, bukan artis biasa, bukan yang suam2 kuku je.. tapi artis yang hot2 belaka, senang cakap geng kontroversi lah.. contoh pertama, si janda hot, rozita che wan.
1. Rozita Abu Bakar @ Che Wan, dilahirkan pada 9 Mac 1974 dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.
2. Raudhah Che Wan @ Abu Bakar atau lebih dekenali sebagai Ayu Raudhah merupakan seorang pelakon Malaysia. Kakaknya ialah Rozita Che Wan. Berasal dari Kedah dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Syed Bukhary.. Berkahwin dengan pemain bola sepak skuad ATM iaitu Mohd Zaquan Adha pada 21 Januari 2011 Anak ke enam daripada 7 adik beradik. Adik beradik perempuan Ayu Raudhah dikenali dengan kejelitaan yang dimiliki dan semestinya diwarisi daripada ibu mereka Zabedah Saad.
3. Scha Al-yahya , Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya. dilahirkan pada 30 Mei 1983, berasal dari Sungai Petani, Kedah. merupakan anak kedua daripada empat beradik.
even orang selalu mengkritik yang scha nie tak lawa, hidung kembang, tapi at least, dia artis, masuk jugak tv, engkau ada? awal shaari pun dapat kat dia taw, sikit pon awal tak pandang2 korang2 yang hidung tak kembang tu..
"lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku" ~ p. ramlee
4. Noor Neelofa Mohd Noor siapa tak kenal! (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa, ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik..
eh, tu biodata neelofa tulis lahir kat kelantan, tapi actually neelofa nie ada darah kedah jugak taw.. tak percaya?
see... neelofa siap beraya di kedah lagi tahun 2013 baru2 nie.. so, bolehkah aku datang kepada konklusi yang perempuan kedah semua lawa2?
jawapannya terpulang kepada diri kita sendiri.. lain orang lain taste kan? mungkin aku kata neelofa tu cantik, tapi tak mustahil akan ada yang kata didi alias tu cantik kan? who knows! mata orang memang sama bilangannya, tapi kornea mata tak sama.. tapi, aku ada satu konklusi yang aku pasti..
aku memang cantik! wahaha!!! boleh nak perasan tara tuh? tapi ada logik apa, anakcikgu fizik aku, umur dia 7 tahun.. dia kata aku cantik.. budak2 mana pandai bohong! :p
part neelofa paling xleh blah
ReplyDelete